KEGUNAAN TELEFON PINTAR

                       Kegunaan Telefon Pintar


Penggunaan telefon bimbit memudahkan remaja untuk menghubungi keluarga di mana-mana sahaja mereka berada. Contohnya, pada waktu kecemasan, kita dengan mudah boleh meminta bantuan ahli keluarga. Kita juga boleh memberitahu ibu atau bapa jikalau perlu pulang lewat agar mereka tidak rasa bimbang akan keselamatan anak-anaknya.
Kebaikan yang kedua adalah tentang memuat turunkan maklumat dengan menggunakan teknologi 'bluetooth'. Kita boleh melungsuri internet di telefon bimbit tersebut dan menyimpan data-data dengan mudah untuk menyelesaikan sesuatu projek.
Merapatkan silaturahim dengan rakan yang berada jauh di rantauan adalah kebaikan yang ketiga. Telefon bimbit 3G membolehkan kita membuat panggilan video dengan rakan di luar negeri.Teknologi sebegini membenarkan kita berbual sambil melihat wajah pemanggil, dan ini boleh mengubati perasaan yang rindu terhadap diri kita.


1) Aplikasi yang menarik

Smartphone mengandungi banyak aplikasi yang dapat membantu kita dalam menjalankan aktiviti harian dengan lebih teratur. Contohnya, terdapat aplikasi yang membantu kita menguruskan waktu dengan baik, mengira kalori makanan dan banyak lagi.








 2) Menghubungkan yang jauh
Dengan adanya smartphone, kita dapat berhubung dengan shabat handai, adik-beradik dengan lebih mudah. Boleh live video dengan sekelip mata tak kira di mana kita berada. Dengan syarat, kenalah ada internet ye.  







3) Info yang cepat
Kita akan memperoleh info-info terkini dengan cepat dan pantas! Memang laju sahaja. Contohnya kalau kita tak tahu nak cari kedai makan yang sedap di sesuatu tempat, kita boleh google atau tanya sahaja di group whatsapp atau telegram. Pasti ada yang menjawab. Memang pantas!



4) Mudah ke mana-mana
GPS boleh digunakan bila-bila masa sahaja. Dapatkan GPS coordinate dan kita dapat terus ke tempat yang ingin dituju tanpa perlu sesat sana sini. Tapi, jangan guna GPS pun sesat ye. GPS—>Guna Pun Sesat. Hehe.
5) Alat hiburan
Bagi mereka yang sukakan muzik, mereka dapat mendengar lagu-lagu kesukaan dengan menggunakan smartphone. Bukan itu sahaja, kita juga dapat menghiburkan hati dengan bermaian games yang terdapat dalam smartphone. Cumanya, kita jangan terlalu lalai dengan games dan lagu sampai melewat-lewatkan solat plak ye.   Berpada-padalah.


  


Telefon pintar sangat membantu kehidupan seharian kita. Sebagai manusia, kita perlu bijak menggunakannya. Jangan disalah guna pula. Buruk padahnya.



Popular posts from this blog

SEJARAH PERKEMBANGAN TELEFON BIMBIT

kebaikan dan keburukkan telephon bimbit