PENGENALAN TELEFON PINTAR


  Dalam dunia yang serba moden ini, segalanya bergerak dengan pantas. Saban hari ada sahaja penemuan atau penciptaan teknologi yang baharu. Segala maklumat serta informasi yang berlaku di sekeliling kita hanya berada di hujung jari. Jika diawal tahun 2000-an, pengunaan telefon bimbit hanya mampu untuk membuat panggilan telefon dan mesej sahaja. Masihkah anda teringat akan model telefon bimbit Nokia 3310 dan juga Nokia 3315? Jika anda sempat menggunakannya, pasti anda tidak melupakan beberapa perkara yang agak lucu antaranya telefon yang tahan lasak seperti batu-bata, bateri yang sentiasa penuh walaupun tidak sampai satu minit dicas dan mood getaran kuat bagai melumpuhkan kaki anda.Hari berganti hari, masa terus berlalu, perkembangan teknologi telefon bimbit ini semakin pesat berkembang. Bermula dengan skrin hitam dan putih, skrin berwarna, telefon yang dilengkapi dengan kemera, dan kini muncul telefon pintar yang mampu melakukan pelbagai jenis aplikasi. Jika dahulunya, untuk membuat mesej pendek memerlukan kredit atau kredit yang aktif sebagai caj perkhidmatan, tetapi kini, dengan munculnya telefon pintar yang dilengkapi dengan wi-fi, anda masih mampu untuk membuat mesej secara percuma dengan hanya mengaktifkan wi-fi di telefon bimbit anda. Apakah yang dimaksudkan dengan wi-fi?Wi-fi ialah kemudahan yang membolehkan komputer, telefon pintar, atau peranti lain untuk menyambung ke Internet atau berkomunikasi dengan satu sama lain secara wayarles dalam suatu kawasan tertentu.


             (   CONTOH GENERASI IPHONE  )

Popular posts from this blog

KEGUNAAN TELEFON PINTAR

SEJARAH PERKEMBANGAN TELEFON BIMBIT

kebaikan dan keburukkan telephon bimbit