Skip to main content

SEJARAH PERKEMBANGAN TELEFON BIMBIT



Pembangunan awal Sunting✨

Berikut ialah huraian secara ringkas sejarah penciptaan telefon:


1667

Robert Hooke mencipta telefon tali yang menyampaikan isyarat melalui getaran. Ia telefon bukan elektronik pertama yang dicipta.[1]

1753

Charles Morrison mencadangkan idea bahawa elektrik boleh digunakan untuk menghantar mesej dengan menggunakan wayar yang berbeza.[1]

1830

Saintis Amerika, Joseph Henry membina sistem telegraf yang menggunakan elektrik dan mengaktifkan elektromagnetik yang membunyikan loceng.[1]

1835

Samuel Morse mencipta mesin telegraf pertama yang menyampaikan isyarat telekomunikasi dalam bentuk log rekod titik yang merujuk kepada sesuatu abjad.[1]

1842

Alexander Bain mencipta mesin faksimili yang mampu menerima dan menghantar isyarat telegram dan menterjemahkannya dalam imej bergambar.[1]

1849

Antonio Meucci mendemonstrasi suatu peranti yang kemudian dipanggil telefon kepada orang ramai di Havana.

1850

Samuel Morse kemudiannya mencipta mesin telegraf dikenali sebagai "Kod Morse". Seterusnya memperkenalkan sistem telegraf.[1]

1854

Charles Bourseul menerbitkan suatu penerangan mengenai make-break pemancar telefon dan penerima tetapi tidak membuat sebarang instrumen kerja.

Meucci mendemonstrasi telefon elektrik di New York.

1860

Johann Philipp Reis

Meucci dijangka (ketika itu) mendemonstrasi telefon tersebut di Pulau Staten.

1861

Reis berjaya memindahkan suara secara elektikal dengan jarak melebihi 340 kaki. Untuk lebih lanjut, lihat Telefon ciptaan Reis.

1871

Meeucci memfailkan satu paten caveat.

1872

Elisha Gray menubuhkan Western Electric Manufactering Company.

Julai 1873

Thomas Alva Edison menemukan rintangan yang berbeza pada grain karbon oleh kerana tekanannya tetapi terpaksa menangguhkan penyelidikannya.

1874

Gray mendemonstrasi telefon pemancar cecairnya di Gereja Highland Park Presbyterian.

2 Jun 1875

Alexander Graham Bell orang pertama memindahkan suaranya melalui telefon.

1 Julai 1875

Bell pertama kali menggunakan telefon berkebolehan dwi-arah (Kedua-dua, pemancar atau penghantar dan penerima isyarat merupakan instrumen membran yang serupa).

14 Februari 1876

Bell memfailkan telefon tersebut sebagai paten pertama beliau.

Dua jam kemudian, Grayy memfailkan paten caveatnya.

30 Januari 1877

Bell mempatenkan telefon dengan pemancar-penerima elektrodinamik.

1893

Telefon awam pertama dipasang di Sydney, Autralia.[1]

1902

Dr Arthur Korn yang mencipta faksimili yang seterusnya memperkenalkan sistem foto-elektrik.[1]

1914

Edouard Belin memperkenalkan konsep mesin faks yang mampu menghantar imej dan laporan.[1]

1948

Sistem telefon menggunakan frekuensi radio tanpa wayar diperkenalkan khususnya dalam bidang perhubungan dan ketenteraan.[1]

1958

Sistem telegraf diperkenalkan dalam fungsi automatik sepenuhnya.[1]

1966

Sistem penyampai radion satelit diperkenalkan.[1]

1973

Telefon mudah alih diperkenalkan.[1]

1983

Telefon analog mudah alih pertama dicipta dengan fungsi penyimpanan nombor, mod dail semula dan tetapan panggilan.[1]

1987

telefon awam menggunakan sistem kad prabayar diperkenalkan.[1]

1992

Telefon mudah alih digital pertama diperkenalkan.[1]

1993

Telefon dikenali sebagai unit PDA (pembantu peribadi digital) diperkenalkan.[1]

1998

Set telefon pintar mula diperkenalkan.[1]

Antara contoh gambar telefon dulu dan kini.

RUJUKAN DARI :https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Telefon

EVOLUSI TELEFON BIMBIT POPULAR

Kongsikan artikel ini
TEKS: RYAN MOHAMAD, TEKS TAMBAHAN: ABDUL AZIZ DRAIM

JIKA DULU FUNGSINYA UNTUK BERHUBUNG DAN MENYAMPAIKAN MESEJ. KINI IA LEBIH DARIPADA ITU! EVOLUSI TELEFON BIMBIT DAN TELEFON PINTAR BANYAK MERUBAH MENGIKUT ZAMAN. INFOGRAFI INI BOLEH MENGIMBAS MEMORI ANDA BERSAMA TELEFON BIMBIT

body-11984
Motorola DynaTAC 8000
ˇ
Teknologi paling maju ketika itu. Biarpun saiz sebesar kasut (25cm) dan dijual pada harga USD3,995, inilah aksesori eksekutif berjaya era ’80-an: telefon yang boleh dibimbit ke mana saja.

body-21994
Motorola Microtac Elite
ˇ
Telefon lipat mula diperkenalkan. Sebelum kehadiran Nokia, dan kemudiannya Samsung dan Apple, hampir 15 tahun Motorola bermaharaja mengetuai pasaran telefon bimbit.

body-32000
Nokia 3310
ˇ
Ketika ini jenama Nokia mula diperkatakan dan ramai memiliki 3310 kerana ketahanan yang dikatakan boleh terselamat daripada bencana Apocalypse! Fungsinya amat mesra pengguna, ia antara model telefon paling popular, terjual 126 juta unit serata dunia. Pemangkin budaya text-ing dengan fungsi SMS yang di-upgrade kepada 459 karakter – 3 kali ganda lebih panjang daripada SMS standard!
Hari ini sudah mencapai ‘cult status’, 3310 masih digunakan oleh para peminat tegar.

body-42003
Panasonic G51
ˇ
Tika ini, kesemua jenama bersaing mencipta telefon bimbit paling kecil. Bersaiz cuma 80 x 43 x 18mm dengan berat 74g, model ini popular di kalangan remaja. Dan evolusi skrin berwarna pula bermula.

body-5Era 2001-2006
Persaingan antara semua jenama
ˇ
Nokia dengan kepelbagaian pilihan, Sony Ericsson khas buat komuniti audiophile, Motorola untuk golongan wanita yang sukakan telefon bimbit lipat dan ternipis (ingat lagi Motorola Razr Dolce & Gabbana?) manakala model-model Alcatel, Siemens dan Sagem digemari golongan dewasa dan bekerja.

body-62005
Nokia N90
ˇ
Hadir dengan telefon kamera 2MP yang berciri termaju (ketika itu) iaitu dengan optik Carl Zeiss, auto fokus dan denyar LED. Ia terkenal dengan rekaan ikoniknya iaitu telefon lipat dan skrin boleh putar, ibarat gajet superspy! Telefon bimbit bukan sahaja sebagai kamera tapi juga perakam video.

body-72006
BlackBerry Bold, Curve, Torch
ˇ
Fenomena BlackBerry bermula. Ikonik kerana lengkap dengan papan kekunci QWERTY, BlackBerry pernah dijulang sebagai ‘the future of mobile computing’, lantas popular di kalangan golongan profesional. Sebelum wujudnya WhatsApp, BlackBerry mengemukakan laman chatting terhangat melalui BBM Pin yang menawarkan chat secara percuma (tidak seperti SMS). Asalnya saingan hebat iPhone, melihat situasi semasa, Blackberry akhirnya terpaksa akur lalu turut menghasilkan model skrin sesentuh.

body-82007 hingga Sekarang
iPhone vs Samsung
ˇ
Jika dulu telefon bimbit bersaing untuk mencipta model paling kecil, zaman ini menyaksikan pertarungan skrin dan telefon lebih besar pula. Dan persaingan terhebat ialah antara iPhone dan Samsung. Bukan daripada rekaan saja yang menjadi pertaruhan, malah setiap ciri-ciri baru antaranya kamera, pengesan cap jari, dan pemproses baru dibanding beza. Ia lebih kepada pilihan pengguna memilih antara kegemaran dan fungsi. Masing-masing ada kelebihan sendiri.


DID YOU KNOW?

orbitel_ascom

Orbitel 901

1992 Mesej SMS pertama telah dihantar melalui rangkaian Vodafone GSM di United Kingdom pada 3 Disember 1992. Neil Papworth menghantar mesej melalui komputer peribadinya kepada Richard Jarvis yang menggunakan Orbitel 901 dengan mesej ‘Merry Christmas’.

body-10

J-Phone

2000 Kamera dalam telefon pertama tercipta iaitu model J-Phone keluaran Jepun. Imej beresolusi 110,000 piksel atau 0.11 megapiksel mampu dihasilkan.

iphone1

iPhone generasi 1

2007 Apple Inc memperkenalkan iPhone, antara yang pertama menginovasi-kan skrin sesentuh.

nokia-lumia

Nokia Lumia 1020

2013 Nokia Lumia 1020 mencipta sejarah pabila menghasilkan telefon pintar dengan resolusi kamera tertinggi iaitu 41 megapiksel.

RUJUKAN DARI

https://glamlelaki.my/gaya-hidup/evolusi-telefon-bimbit-popular/

Popular posts from this blog

KEGUNAAN TELEFON PINTAR

kebaikan dan keburukkan telephon bimbit