kebaikan dan keburukkan telephon bimbit

 




KEBAIKAN :

1.) Alat perhubungan / komunikasi 

    Telephon bimbit sebagai alat perhubungan. Ini merupakan tujuan asas pembuat telefon bimbit di mana ianya dijadikan sebagai alat berkomunikasi sesama manusia tidak di kira di mana mereka berada. Pada masa dahulu manusia hanya dapat berhubung melalui surat yang mana memakan masa beberapa hari untuk sampai. Telefon rumah hanya untuk mereka yang berada dan telefon awam boleh digunakan tapi terhad di sesetengah tempat sahaja. Teknologi telah berkembang, manusia tidak kira masa dan di mana mereka berada boleh berkomunikasi hanya dengan menggunakan telefon bimbit. Bukan sahaja dengan membuat panggilan tetapi juga boleh berkomunikasi dengan menggunakan Gtalk, Yahoo Messenger, Skype dan sebagainya.


2.) Mendapat maklumat terkini 

    Telefon bimbit pintar telah banyak memberi kebaikan kepada kita di mana dengan adanya telefon ini, maklumat terkini dapat diketahui dengan pantas. Ianya hanya dengan melayari internet ataupun menggunakan applikasi seperti twitter. Di samping itu, maklumat terkini dapat disampaikan hanya dengan membuat panggilan.


3.) Sebagai alat hiburan 

     Telefon bimbit masa kini telah dijadikan sebagai alat hiburan di mana ianya telah dilengkapi dengan fungsi untuk mendengar muzik, video, kebolehan untuk mengambil gambar dan berkongsi gambar dengan kawan-kawan dan juga permainan. Ini telah menarik minat golongan kanak-kanak dan remaja untuk memiliki telefon bimbit. Telefon bimbit pintar sekarang juga telah menjadi kegilaaan kepada para remaja kerana kebolehannya untuk mengakses laman sosial seperti Facebook dan Twitter


4.) memudahkan kerja
 
      Kebaikan ini dikhususkan kepada mereka yang memang memerlukan telefon bimbit untuk mengakses email mereka. Ini memberi kebaikan kepada mereka yang banyak membuat kerja luar. Kebolehan telefon bimbit masa kini untuk mengakses email dan juga applikasi-applikasi lain seperti maps, words, excel, pdf, calendar, reminder dan sebagainya telah memberi pelbagai kemudahan kepada mereka dan kita juga khususnya.


KEBURUKAN 

1.)Penyebaran khabar angin 
  
   Telefon bimbit telah dijadikan sebagai alat untuk penyebaran khabar angin. Ini berlaku apabila khabar angin yang nyata palsu telah disebarkan melalui kiriman sms. Kepada mereka yang mudah percaya tanpa membuat siasatan dahulu dengan mudah menyebarkan kepada pihak lain tanpa menyiasat kesahihan khabar tersebut. Ini sekaligus telah member impak yang buruk kepada pihak pihak tertentu.


2.) Penyebaran unsur unsur / lucah 

      Penyebaran unsur-unsur lucah seperti gambar dan video amat mudah dengan adanya telefon bimbit.  Kebolehan telefon bimbit untuk memuat turun gambar/video dan juga fungsi Bluetooth telah memudahkan penyebaran unsur-unsur lucah ini. Ianya telah memberi impak yang tidak baik kepada para remaja khususnya kerana sikap mereka yang ingin tahu perkara-perkara yang baru kepada mereka. Ini merupakan salah satu punca akan kenaikan kadar kes tidak bermoral di sekolah.


3.) Pembaziran wang 
 
    Pembaziran wang berlaku apabila penggunaan sms, mms, panggilan dan GPRS yang terlampau banyak dan melebihi kemampuan. Sekiranya telefon bimbit digunakan oleh pelajar, ibu bapa terpaksa menanggung kos tersebut. Para remaja khususnya begitu mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang dipaparkan seperti memuatkan turun lagu dan applikasi yang sesetengahnya dikenakan bayaran. Undian Akademi Fantasia juga merupakan salah satu pembaziran yang tanpa kita sedari telah member keuntungan berganda kepada pembekal servis talian

4.)Perbualan dikalangan keluarga / kawan kawan terhad

   Kalau kita lihat masyarakat kita di luar sana, hampir semua sibuk dengan telefon bimbit. Contoh yang ketara apabila kita pergi ke kedai makan, satu keluarga sedang menunggu pesanan mereka sampai, anak-anak, mak dan bapa semua sibuk dengan telefon bimbit. Perbualan terlampau kurang. Adakah ini sesuatu yang baik untuk masyarakat kita di masa hadapan?

   

   
    
     
   
 

     





Popular posts from this blog

KEGUNAAN TELEFON PINTAR

SEJARAH PERKEMBANGAN TELEFON BIMBIT