sistem telephon tanpa wayar

  

  TELEFON BIMBIT 



 Sistem telefon tanpa wayar juga dikenali dengan nama wayarles. Selalu sistem wayarles untuk penggunaan telefon ini merujuk kepada telefon bimbit .Terminologi untuk telefon bimbit 0  juga berbeza mengikut kawasan atau zon orang itu berada . Contohnya, di uk mereka memanggilnya dengan istilah MOBILE , AS dengan cell phone dan malaysia bagi orang yang bertutur dalam bahasa inggeris memanggilnya HANDPHONE.

   Secara asasnya telefon bimbit berfungsi secara tanpa wayar dengan signalnya dipancar bukan melalui kebal tetapi isyarat dihantar dari satu menara atau penghantar isyarat ke telefon bimbit tersebut.peranti ini amat penting pada masa kini dan sesetengahnya telah menggantikkan terus sistem telefon rumah untuk rumah yang konvensional. 


TELEFON KORDLES


 Telefon kordless pertama kali dicipta oleh TERI FALL pada tahun 1965.Ketika itu, telefon jenis ini terdiri daripada unit utama yang bersambung dengan sistem talian telefon tetap dan berhubung dengan gagang mudah alih dengan gelombang radio yang rendah.Hal ini membolehkan gagang mudah alih dengan gagang digunakan dari mana mana lokasi pada julat lingkungan yang tertentu.Oleh kerana kuasa diperlukan untuk berhubung dengan gagang maka unit utama dapat dibekalkan kuasanya dengan sumber kuasa elektronik. Disebabkan hal ini maka telefon kordless biasanya tidak berfungsi apabila terputus bekalan elektrik.


TELEFON SELULAR 




                

    Sistem telefon bimbit moden berstruktur sel. Radio digunakan untuk berhubung antara sebuah telefon bimbit dan sebuah tapak sel berdekatan.

Apabila sebuah telefon bimbit berada terlalu jauh dari mana-mana tapak sel, sebuah sistem komputer akan memberi arahan kepada telefon bimbit tersebut dan sebuah tapak sel yang lebih dekat akan menggantikan komunikasi daripada saluran yang berbeza, tanpa mengganggu sebarang panggilan yang dilakukan.


TELEPHON TANPA KORD 



     

       Terdapat telefon yang berfungsi sebagai telefon tanpa kord apabila menghampiri stesen tapak sepadannya (dan ada kalanya stesen-stesen tapak lain) dan berfungsi sebagai telefon tanpa wayar apabila di lokasi-lokasi lain tetapi atas pelbagai alasan tidak menjadi popular.

Beberapa jenis telefon tanpa kord berfungsi seperti telefon selular tetapi hanya sekitar rangkaian peribadi yang kecil meliputi sebuah bangunan atau beberapa buah bangunan. Sistem seperti ini yang menggunakan VoIP adalah popular di hospital-hospital dan kilang-kilang yang mempunyai rangkaian yang sama digunakan untuk data dan suara.



VOIP TELEPHONY



     Sebiji telefon VoIP berasaskan WiFi juga dikenali sebagai lelefon Internet atau Suara melalui IP (Voice over IP) (VoIP), telefon digital ialah teknologi mengganggu (disruptive technology) yang menggantikan jaringan telefon tradisional dengan pantas. Di Jepun dan Korea, sehingga 10% pelanggan, pada Januari 2005, telah bertukar daripada perkhidmatan telefon digital analog kepada digital.

Telefon digital menggunakan sambungan Internet jaringan luas untuk memancar perbualan sebagai pakej data. Selain menggantikan PSTN, telefon digital turut bersqing dengan jaringan telefon bimbit dengan menawarkan kos penyambungan yang lebih rendah atau percuma melalui WiFi hotspot. Sebagaimana disebut di atas, VoIP juga digunakan pada jaringan tanpa wayar yang mungkin atau tidak mempunyai sambungan dengan jaringan telefon luar.







Popular posts from this blog

KEGUNAAN TELEFON PINTAR

SEJARAH PERKEMBANGAN TELEFON BIMBIT

kebaikan dan keburukkan telephon bimbit